Cari:
Wang Yi, Kerry Bincang Isu Laut China Selatan
2016-07-07 15:03:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menteri Luar China, Wang Yi menghubungi Setiausaha Negara AS, John Kerry menerusi telefon atas undangan untuk bertukar-tukar pendapat berhubung isu Laut China Selatan semalam.

Wang Yi berkata, kes timbang tara Laut China Selatan yang difailkan oleh Filipina secara sepihak tidak masuk akal dan tidak berasas dari segi prosedur, undang-undang dan bukti. China tidak menyertai dan tidak menerima kes timbang tara tersebut bagi tujuan memelihara penguatkuasaan undang-undang dan peraturan antarabangsa, di samping melindungi keutuhan Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS). Dalam pada itu, pertunjukan politik yang dilakukan oleh tribunal The Hauge patut dihentikan.

Wang berharap AS dapat mematuhi komitmen negaranya yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam pertikaian wilayah berkenaan selain tidak mengambil sebarang tindakan yang menjejaskan kedaulatan dan kepentingan keselamatan China.

John Kerry berkata, pihaknya memahami pendirian China berhubung kes timbang tara dan berharap pelbagai pihak terbabit dapat bertenang dan bersikap rasional dalam penyelesaian isu berkenaan. AS menyokong pihak-pihak terlibat menyelesaikan pertikaian melalui saluran diplomatik dan rundingan damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China