Cari:
Latihan Ketenteraan di Laut China Selatan Urusan dalam Lingkungan Kedaulatan China
2016-07-07 10:50:15 CRI Cetak

Latihan ketenteraan yang dijalankan China di kawasan perairan Laut China Selatan adalah urusan dalam lingkungan kedaulatan China, latihan itu tidak menyasarkan mana-mana negara tertentu. Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media semalam.

Menurut laporan berkenaan, jurucakap Kementerian Luar Vietnam menyatakan pada 4 Julai lalu bahawa latihan ketenteraan China tersebut telah mencabuli kedaulatan Vietnam dan mengancam keselamatan maritim. Vietnam menggesa China menghentikan latihan itu.

Sehubungan itu, Hong Lei menyatakan bahawa Kepulauan Xisha adalah wilayah China yang tidak dapat dipertikaikan sejak zaman purbakala. Latihan ketenteraan itu adalah latihan rutin tentera laut China menurut rancangan tahunan. Latihan itu dalam lingkungan kedaulatan China, tidak menyasarkan mana-mana pihak dan perlu dipandang secara objektif.

Latihan ketenteraan China tersebut dijalankan di kawasan perairan sekitar Kepulauan Xisha pada 5 hingga 11 Julai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China