Cari:
77 Maut dalam Serangan Trak di Nice, Perancis
2016-07-15 12:10:01 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang, yang sedang menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) ke-11 di Ulan Bator, Mongolia, pagi ini, menyampaikan rasa simpati dan belasungkawa kepada keluarga yang mengalami kehilangan anggota yang dicintai serta mereka yang tercedera ekoran serangan trak di Nice, Perancis.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya 77 terbunuh dan lebih 50 lagi cedera antaranya dua orang warga China, apabila seorang penyerang yang memandu sebuah trak, merempuh ke arah orang ramai yang sedang menonton pertunjukan bunga api sempena sambutan Hari Bastille di bandar French Riviera, Nice, Perancis pada 14 Julai.

Pemandu trak itu ditembak mati selepas kejadian itu yang menyaksikan ratusan orang yang ketakutan melarikan diri dan meninggalkan kawasan tepi pantai di Promenade des Anglais. Penyerang turut melepaskan tembakan ke arah orang ramai.

Dalam trak tersebut turut dijumpai bom tangan dan senjata. Insiden tersebut dikategorikan sebagai kejadian jenayah dan identiti penyerang masih belum dikenal pasti.

Presiden Perancis, Francois Hollande hari ini mengumumkan di Paris bahawa tempoh darurat yang diisytiharkan selepas serangan diteruskan selama tiga bulan, berikutan kejadian di Nice tersebut bersifat ganas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China