Cari:
Pakar ASEAN: Hubungan dengan China Tak Terjejas Isu Laut Selatan
2016-07-21 15:06:34 CRI Cetak

Simposium Kumpulan Pemikir Kelas Tinggi mengenai Isu Laut China Selatan dan Perkembangan Kerjasama Serantau yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Persempadanan China Akademi Sains Sosial China berakhir di Singapura kelmarin. Beberapa pakar ASEAN yang menyertai simposium itu menyatakan bahawa hubungan China-ASEAN mempunyai potensi perkembangan besar, dan tidak sepatutnya terjejas oleh isu Laut China Selatan.

Ketua Editor Majalah "Northstar" Myanmar, U Win Tin berkata, simposium tersebut membuka sebuah tingkap kepada dunia untuk mengetahui dasar Beijing tentang isu Laut China Selatan. Melalui simposium itu, beliau telah menimba ilmu pengetahuan yang mendalam tentang isu Laut China Selatan dan pendirian China dalam isu tersebut.

Universiti Chulalongkorn Thailand, Profesor Kavi Taunggyi menyatakan, kini, ASEAN tetap mengekalkan ketenangan dan berharap China dan Filipina secara langsung menyelesaikan perselisihan berkenaan. Beliau berpendapat, Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) dan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) akan terus dilaksanakan. Semua pihak berkenaan perlu menjalankan persepakatan yang telah dicapai pada masa yang sama. Ini merupakan saluran betul untuk meredakan situasi di Laut China Selatan.

Penganalisis kanan dari Institut Penyelidikan Strartegik dan Antarabangsa Malaysia, Shahriman Lockman berkata, hubungan rakan strategik China-ASEAN yang mempunyai potensi besar, tidak sepatutnya terjejas oleh satu masalah sahaja, iaitu isu Laut China Selatan. Sebaliknya, China dan ASEAN perlu meningkatkan perdagangan dan pelaburan, mengukuhkan kerjasama antara badan politik dan keselamatan, dan memupuk kesediaan saling memahami antara rakyat kedua-dua pihak.

Siri mesyuarat menteri luar ASEAN bakal diadakan pada akhir bulan ini. Selain itu, pada bulan September nanti, Sidang Kemuncak Peringatan Ulang Tahun ke-25 Terjalinnya Hubungan Dialog China-ASEAN akan diadakan di Vientiane, ibu negara Laos, iaitu negara pengerusi bergilir ASEAN.

Shahriman Lockman menyatakan, China dan ASEAN boleh menghantar satu isyarat kepada dunia melalui platform platform tersebut , iaitu China dan negara-negara ASEAN boleh bersikap tenang dan matang dalam menangani pandangan yang berbeza antara satu sama lain. Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, hubungan dialog China-ASEAN memberi banyak faedah kepada kedua-dua pihak. Dengan itu, kedua-dua pihak perlu mengambil peluang ini untuk mewujudkan satu titik permulaan yang baharu bagi perkembangan hubungan dua hala.

Institut Penyelidikan Antarabangsa Rajaratnam Universiti Teknologi Nanyang Singapura, Professor Madya Li Mingjiang menegaskan, dialog dan rundingan tak syaklah merupakan cara terbaik untuk menyelesaikan pertikaian Laut China Selatan. Penyelidik kanan dari institut itu, Ei Sun Oh menyatakan, beliau berharap China dan Filipina dapat mengadakan rundingan dua hala tentang isu itu dan mencapai hasil yang pragmatik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China