Cari:
Agak Mendesak untuk Baiki Hubungan China-Filipina
2016-07-22 15:31:58 CRI Cetak

Kes timbang tara Laut China Selatan merupakan satu jurang besar dalam hubungan China-Filipina baru-baru ini. Kerajaan Benigno Aquino III secara sepihak memfailkan apa yang disebut timbang tara secara paksa mengenai pertikaian Laut China Selatan pada tahun 2013. Ia dilihat melanggar undang-undang antarabangsa, melanggar persepakatan yang tercapai dengan China, dan juga menjejaskan hubungan kedua-dua negara. Sebagai negara jiran yang tidak dapat diubah, China dan Filipina mewujudkan perkembangan dengan sihat dan stabil bersesuaian dengan kepentingan bersama rakyat kedua-dua negara. Maka, adalah menjadi agak mendesak untuk mendorong pembaikan hubungan bilateral tersebut.

China dan Filipina secara rasmi menjalinkan hubungan diplomatik pada tahun 1975. Hubungan dua hala turut berkembang lancar. Kerajaan kedua-dua negara menubuhkan mekanisme pertukaran dan kerjasama yang pelbagai peringkat. Lawatan peringkat tinggi antara satu sama lain amat kerap. Beijing dan Manila sudahpun mencapai persepakatan tentang mengadakan rundingan dua hala untuk menyelesaikan isu Laut China Selatan. Pada Ogos 1995, China dan Filipina mengeluarkan kenyataan bersama tentang isu Laut China Selatan. Kedua-dua pihak menyatakan janji akan mengadakan kerjasama dengan selangkah demi selangkah untuk akhirnya menyelesaikan pertiakian kedua-dua pihak melalui rundingan. Pertikaian perlu diselesaikan oleh negara berkenaan secara langsung. Pada tahun 2000, kerajaan kedua-dua negara mengeluarkan kenyataan bersama mengenai rangka kerjasama dua hala abad ke-21 bahawa China dan Filipina bersetuju mendorong penyelesaian pertikaian secara damai melalui rundingan persahabatan dua hala berdasarkan undang-undang antarabang yang diiktiraf umum termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut pada 1982. Seterusnya, tibalah September tahun 2011 yang masih menyaksikan kenyataan bersama China-Filipina yang berbunyi bahawa pemimpin kedua-dua negara menegaskan akan menyelesaikan pertikaian berkenaan melalui dialog damai.

Jika meneruskan perkembangan pertukaran sebegitu, hubungan China-Filipina pasti mempunyai prospek yang baik. namun, seiring dengan Benigno Aquino III menyandang jawatan sebagai Presiden Filipina pada Julai 2010, sedangkan Albert del Rosario dilantik sebagai Menteri Luar Filipina pada Februari 2011, Filipina secara beransur-ansur mengubah pendiriannya dalam menangani hubungan dengan China, khususnya dalam isu Laut China Selatan.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan Beijing-Manila semakin buruk. Pada asasnya, perubahan hubungan tersebut disebabkan oleh kerajaan Aquino III salah baca dan salah fikir dalam menangani isu Laut China Selatan. kerajaannya berniat mengelirukan situasi di Laut China Selatan supaya mengaut keuntungan sementara.

Di sementara itu, pihak China masih bersedia menyelesaikan isu berkenaan melalui dialog damai. Pertukaran dua hala yang bersemuka merupakan cara terbaik untuk penyelesaian isu berkenaan. Hanya dengan kembali ke persepakatan kedua-dua pihak, mengekalkan rundingan, mengekalkan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC), bersungguh-sungguh meredakan dan mengawal situasi di laut, hubungan China-Filipina barulah dapat berkembang kembali ke landasan yang betul dan sihat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China