Cari:
Penduduk RoK Bantah Penempatan THAAD
2016-07-22 16:36:45 CRI Cetak

Presiden Republik Korea(RoK), Park Geun-hye dalam mesyuarat jaminan keselamatan negara semalam, menegaskan perlunya penempatan Teriminal Pertahanan Ruang Udara Altitud Tinggi atau lebih dikenali sebagai sistem pertahanan peluru berpandu "THAAD". Pada hari yang sama, lebih 2,000 orang penduduk tempatan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran di Stesen Kereta Api Seoul, untuk membantah penempatan THAAD oleh RoK dan AS.

Presiden Rok, Park Geun-hye dalam mesyuarat itu berkata:

"Sesetengah tokoh politik dan pandangan umum menuntut kerajaan menarik balik keputusan penempatan THAAD pada masa ini. Namun, berhadapan dengan ancaman serangan Republik Rakyat Demokratik Korea(DPRK), mereka perlu mengemukakan kaedah lain bagi mengelakkan rakyat daripada serangan peluru berpandu."

Park Geun-hye turut menegaskan komitmen untuk menempatkan THAAD. Bagaimanapun, beliau berharap hal ini dapat dilakukan dalam kaedah paling sempurna dengan berdialog dengan penduduk tempatan.

Walaupun kerajaan RoK telah melakukan pelbagai usaha bagi menenangkan perasaan masyarakat awam terhadap penempatan THAAD, namun ia kurang berkesan.

Seramai lebih 2,000 orang penduduk dari Gyeongsangbuk-do, negeri Seongju-gun iaitu tempat dirancang untuk penempatan THAAD mengadakan tunjuk perasaan di Stesen Kereta Api Seoul. Penunjuk perasaan melahirkan harapan supaya kerajaan mengambil berat suara penduduk awam dalam hal ini. Mereka mendakwa kerajaan mengambil keputusan tanpa prosedur yang adil dan telus, dan menjejaskan kepentingan seramai 50 ribu penduduk tempatan di Seongju-gun.

Di samping itu, media "Hankyoreh" RoK pula berpendapat bahawa penempatan THAAD tidak membantu menyelesaikan masalah nuklear Semenanjung Korea. Masalah ini perlu ditangani melalui dialog Rok dengan DPRK serta rundingan enam pihak antara Rok, DPRK, China, AS, Rusia dan Jepun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China