Cari:
Zhang, Raih Emas Pertama China di Rio
2016-08-08 15:29:02 CRI Cetak

Penembak negara, Zhang Mengxue memenangi pingat emas pertama bagi kontinjen China dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio selepas temasya sukan tersebut memasuki hari kedua pada 7 Ogos lalu waktu tempatan.

Penembak muda ini menyerlah dengan catatan 199.4 mata dalam acara menembak 10 meter air pistol perseorangan wanita pada 7 Ogos lalu.

Selain itu, aksi sulung pasangan penerjun China yang digelar "pasukan impian" juga tidak mengecewakan.

Wu Minxia dan Shi Tingmao berjaya memperoleh pingat emas dengan jumlah mata keseluruhan 345.60 dalam pertandingan akhir acara 3 meter papan anjal wanita yang merupakan pingat emas kedua buat China.

Dalam perkembangan lain, atlet China, Long Qingquan muncul sebagai juara dalam acara angkat berat kategori 56 kilogram perseorangan lelaki dan berjaya memecahkan rekod dunia, sekali gus menyumbang pingat emas ketiga bagi China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China