Cari:
Jepun Perlu Dengar Suara Negara Jiran
2016-08-15 14:53:08 CRI Cetak
Hari ini (15 Ogos 2016) merupakan ulang tahun ke-71 kekalahan Jepun dalam Perang Dunia II (WWII). Akhbar Renminribao China menerbitkan rencana yang ditulis oleh Takashi Ishida, penyelidik dari Institut Penyelidikan Kedamaian Antarabangsa, Universiti Gakuin Meiji, untuk menggesa Jepun mendengar suara negara-negara jiran yang menjunjung keadilan.

Rencana itu menyebut, tindakan Jepun untuk membuka jalan kepada penggunaan kekerasan serta menafikan dan mengaburkan tanggungjawab atas kekejaman yang dilakukan semasa WWII pasti menyemai benih-benih bahaya.

Pada tahun lalu, kerajaan Jepun meluluskan rang undang-undang keselamatan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Shinzo Abe secara paksaan melalui pengundian. Kabinet-kabinet lalu sentiasa mempertahankan Perlembagaan yang mengharamkan penggunaan hak pembelaan diri secara kolektif. Bagaimanapun, kerajaan Abe berdegil berbuat demikian tanpa menghiraukan kewibawaan Perlembagaan, dengan helah untuk menangani "ancaman daripada China". Hal ini sekali gus bermaksud Jepun membelakangi Perlembagaan Damai dan dasar pertahanan bersifat defensif.

Pada penghujung Disember lalu, Jepun dan Korea Selatan mencapai persepakatan tentang isu hamba seks, walaupun tuntutan para mangsa yang mahu kebenaran dibongkar dan kerajaan Jepun memikul tanggungjawab berdasarkan undang-undang telah dinafikan. Baru-baru ini, kerajaan Jepun berulang kali menegaskan bahawa konsensus tersebut "tidak melibatkan pampasan" dan isu sejarah berkenaan "sudah selesai". Namun, pada masa yang sama, kerajaan Jepun bertegas bahawa sejarah mengenai serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki "belum berakhir". Sikap Jepun yang begitu berbeza dalam kedua-dua isu tersebut sungguh mengejutkan.

Di samping itu, kerajaan Jepun mengeksploitasikan pertikaian wilayah di Laut China Timur untuk terus mengheboh-hebohkan "teori ancaman China". Bukan itu sahaja, malah Jepun selaku negara tidak berkepentingan juga mempergunakan isu Laut China Selatan untuk menggembar-gemburkan teori tersebut demi mencipta alasan bagi kerajaan Abe membatalkan larangan penggunaan hak pertahanan diri kolektif, meminda Perlembagaan Damai dan memperkasakan kelengkapan tentera.

Jepun pernah melancarkan perang pencerobohan terhadap China dan bertindak menyekat China selepas WWII. Mengimbas kembali sejarah, jelas diketahui pihak mana yang benar-benar memberikan ancaman kepada Asia Timur. Jawapannya pastilah bukan China. Namun yang lebih dikesali, suara seperti itu jarang-jarang kedengaran di Jepun.

Ishida dalam rencananya turut menggesa Jepun supaya sering bermuhasabah dan bersedia mendengar suara masyarakat antarabangsa, khususnya negara-negara jiran di Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China