Cari:
Duterte Optimistik terhadap Hubungan Filipina-China
2016-08-15 13:22:32 CRI Cetak

Perkembangan hubungan antara Filipina dengan China mencapai hasil yang ketara sejak terjalinnya ikatan diplomatik pada 41 tahun lalu dan hubungan tersebut kekal sihat dan dinamik, baik dalam kerjasama mahupun bidang-bidang yang masih berdepan cabaran. Demikian dinyatakan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam temu bual bersama wartawan China baru-baru ini.

Duterte berkata, kerajaannya mengekalkan dasar luar yang terbuka dan positif terhadap China, yang merupakan rakan penting bagi Filipina di rantau ini.

Filipina, salah sebuah entiti ekonomi yang paling dinamik di dunia, mempunyai banyak peluang kerjasama dengan komuniti perniagaan China. Hubungan perniagaan antara kedua-dua negara sudah lama terjalin dan diharap terus berkembang pada masa hadapan.

Menyentuh tentang keadaan semasa dan prospek kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara, Duterte berkata, kebangkitan China secara damai bakal membawa manfaat melimpah kepada rantau ini dan dunia. Pihaknya mahu terus memperkasakan kerjasama ekonomi dengan China, yang kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar bagi Filipina, sekali gus memantapkan hubungan dua hala.

Berhubung dengan pertukaran kebudayaan di kalangan rakyat, Duterte berkata, aspek tersebut sudah menjadi komponen penting dalam hubungan Filipina-China dan turut membantu memacu hubungan kebudayaan dan ekonomi antara kedua-dua negara.

Dalam pada itu, kerajaan kedua-dua negara telah memeterai siri perjanjian bagi merancakkan pertukaran kalangan rakyat yang meliputi bidang kebudayaan, kesukanan dan pendidikan serta di kalangan belia dan media. Perjanjian-perjanjian tersebut juga membantu menyuburkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.

Tambah beliau lagi, usaha untuk menggalakkan pertukaran kebudayaan di kalangan rakyat ini tidak pernah terjejas ekoran kesulitan dalam hubungan kedua-dua negara. Program berkenaan pasti akan terus diintensifkan asalkan kedua-dua negara melakukan sinergi untuk membaiki hubungan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China