Cari:
Dasar Ekonomi Baharu Myanmar Jadi Tumpuan
2016-08-18 14:57:58 CRI Cetak

Kerajaan Myanmar pimpinan Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) mengeluarkan dokumen pertama yang berkaitan dengan dasar ekonomi baru-baru ini. Dokumen yang merangkumi 12 langkah rangsangan itu turut menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

Ramai ahli ekonomi berpendapat bahawa dasar ekonomi baharu itu memperlihatkan komitmen kerajaan Myanmar untuk merealisasikan pembangunan lestari yang berorientasikan rakyat, menyeimbangkan penggunaan sumber alam antara pelbagai wilayah dan mewujudkan permuafakatan antara semua kaum.

Inisiatif kerajaan baharu Myanmar itu dipercayai dapat meningkatkan keyakinan pelabur asing kerana proses pelaburan yang rumit dan kerenah birokrasi yang memeningkan kepala pada masa dahulu akan dibaiki.

Menurut dokumen berkenaan, kerajaan komited untuk menyempurnakan undang-undang berkaitan pelaburan asing dan melindungi hak harta intelek, di samping mengamalkan dasar kewangan awam yang telus dan berhemat serta mendigitalkan sistem pentadbiran.

Dokumen itu juga menyebut bahawa kerajaan akan mengutamakan pembinaan infrastruktur termasuk kemudahan kuasa elektrik, lebuh raya dan pelabuhan, yang turut menawarkan peluang perniagaan baharu kepada pelabur asing.

Dasar ekonomi baharu Myanmar itu digubal berdasarkan pandangan jauh. Myanmar kaya dengan sumber-sumber semula jadi seperti batu permata, minyak dan gas asli, dengan kadar liputan hutan kira-kria 40%. Malah, ramai yang menganggap bahawa Myanmar mampu mengetengahkan diri sebagai salah sebuah negara kaya raya di Asia Tenggara dengan industri perlombongan dan pengeksportan.

Para penganalisis melihat dasar baharu tersebut sebagai cetak biru pembangunan ekonomi Myanmar. Mereka bagaimanapun berkata dasar berkenaan masih perlu diperincikan dan disemak semula dari semasa ke semasa dalam proses pelaksanaannya pada masa hadapan. 

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China