Cari:
China Galakkan Perkembangan Perdagangan Luar
2016-08-22 13:30:12 CRI Cetak

Pegawai Kementerian Perdagangan Luar China menyatakan bahawa memandangkan perdagangan luar China sedang menghadapi tekanan kemerosotan, kerajaan akan melaksanakan dasar berkenaan bagi menggalakkan perkembangan perdagangan luar dengan stabil.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pengaruh negatif krisis kewangan antarabangsa yang kekal wujud mengakibatkan permintaan luar terus kuncup, serentak itu kos utama domestik meningkat pesat sehingga perdagangan luar China menghadapi tekanan kemerosotan. Ketua penyelidik Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China, Zhang Yansheng menyatakan bahawa sasaran perdagangan luar China pada tahun 2015 adalah 6%, namun sebenarnya mencatat -7%, pengeksportan pula mencatat -1.8%. Namun, jika dibandingkan dengan pengeksportan dunia yang mencatat -13% dan pengimportan yang mencatat -12%, prestasi perdagangan luar China boleh dikatakan cukup baik.

Demi menghadapi tekanan kemerosotan perdagangan luar, dalam tempoh tiga tahun yang lalu, kerajaan China telah mengeluarkan 16 dasar untuk menggalakkan perkembangan perdagangan luar yang melibatkan usaha menyempurnakan mekanisme perkongsian bayaran balik cukai eksport, meningkatkan sokongan insurans kredit, meringankan beban syarikat, meningkatkan taraf kemudahan perdagangan dan mempercepat perkembangan perdagangan luar yang model baharu.

Namun, ada syarikat berpendapat dasar-dasar tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Sehubungan itu, penolong Menteri Perdagangan China, Zhang Ji berjanji kerajaan akan menggalakkan pelaksanaan dasar berkenaan, mengambil langkah yang boleh dijalankan untuk meringankan beban syarikat, menawarkan persekitaran yang baik kepada syarikat dan menggalakkan perkembangan perdagangan luar.

Ketika memberi pandangan terhadap perdagangan luar pada masa depan, Naib Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Dewan Negara China, Long Guoqiang mengakui kelebihan daya saing China dalam perdagangan antarabangsa masih belum dibentuk dengan sebenar, tekanan kemerosotan perdagangan luar China masih amat mencabar.

Sehubungan itu, Zhang Ji menyatakan bahawa China perlu berusaha memelihara kestabilan pertumbuhan ekonomi terus mengubahsuai struktur ekonomi, di samping meningkatkan kelebihan daya saing dalam perdagangan luar agar perkembangan pada masa depan mempunyai asas yang kukuh. Prospek perdagangan luar China adalah cerah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China