Cari:
Jepun Digesa Baiki Hubungan dengan China
2016-08-23 17:17:53 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi akan mempertahankan pendirian teguh Beijing dalam beberapa isu sensitif semasa lawatan rasmi beliau ke Jepun bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar China-Jepun-Korea Selatan ke-8 di Tokyo, esok.

Demikian dimaklumkan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing hari ini, susulan terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa menteri luar dari China dan Jepun berkemungkinan akan mengutarakan isu-isu sensitif yang melibatkan Laut China Timur dan Laut China Selatan sepanjang mesyuarat tersebut.

Lu Kang menjelaskan, Beijing menjadikan pertemuan itu sebagai medan untuk membuktikan keteguhan yang tidak pernah berubah dalam isu-isu berkenaan, dan menggesa Tokyo mengambil tindakan yang praktikal bagi mengembalikan hubungan kedua-dua negara di landasan yang betul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China