Cari:
China, Kanada Buka Lembaran Baharu Hubungan Bilateral
2016-09-01 11:36:21 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Justin Trudeau di Dewan Besar Rakyat Beijing pada pagi 31 Ogos lalu.

Justin Trudeau bakal menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang dijadualkan diadakan di Hangzhou pada 4 hinggga 5 September ini, di samping mengadakan lawatan rasmi ke China.

Li menyatakan bahawa China menghargai usaha kerajaan Kanada yang komited untuk mengembangkan hubungan dengan China. China bersedia untuk memperluas pertukaran dan dialog dengan Kanada dalam pelbagai bidang berdasarkan semangat saling menghormati dan saksama. Sehubungan dengan itu, rasa saling mempercayai dalam politik, kerjasama pragmatik dan pertukaran sosiobudayaan antara China dengan Kanada juga perlu ditingkatkan bagi membuka lembaran baharu dalam perkembangan hubungan dua hala.

Beliau menegaskan bahawa China bersedia bekerjasama dengan Kanada untuk mengeratkan komunikasi dan koordinasi dalam rangka multilateral di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan G20 bagi menghantar isyarat positif kepada masyarakat antarabangsa dalam usaha memelihara keamanan dan kestabilan dunia, sekali gus menyumbang kepada pemulihan dan pertumbuhan ekonomi sejagat.

Trudeau berkata, Kanada akan bekerjasama dengan China untuk meneroka pasaran antarabangsa melalui usaha mengintensifkan perdagangan dan kerjasama dalam bidang teknologi canggih dan mendorong pertumbuhan berterusan dalam sektor perdagangan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China