Cari:
Li Keqiang: Kerjasama Asia Timur Patut Dorong Keamanan, Kestabilan dan Kemakmuran Serantau
2016-09-09 15:04:20 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-11 di Vientiane, Laos semalam. Sidang itu turut dihadiri pemimpin dari 10 buah negara anggota ASEAN, Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), Rusia, Jepun, India, Australia, New Zealand, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Li Keqiang dalam ucapannya menyatakan bahawa sejak ditubuhkan Sidang Kemuncak Asia Timur telah memberi sumbangan positif bagi meningkatkan persefahaman dan kesalingpercayaan pelbagai pihak, mendorong keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau. Walaupun dunia kini masih berdepan dengan banyak cabaran, namun Asia Timur tetap jauh daripada peperangan dan konflik, di samping mengekalkan pembangunan yang pesat. Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak harus mengukuhkan kedudukan Sidang Kemuncak Asia Timur sebagai "forum strategik yang diterajui pemimpin", menyokong kedudukan pusat ASEAN, mengamalkan "model ASEAN", dan mendorong dialog dan kerjasama yang positif dan hakiki.

Dari segi pembangunan ekonomi, Li Keqiang berkata, pelbagai pihak perlu menyokong kesalinghubungan serantau, mendorong pembinaan kawasan perdagangan bebas, mengintensifkan kerjasama dalam bidang masyarakat dan kebajikan rakyat.

Dari segi keselamatan politik pula, Li menegaskan bahawa China kekal mengamalkan dasar diplomatik tradisional iaitu kesamarataan negara besar atau kecil, saling menghormati, mencari persamaan dan mengetepikan perbezaan, serta hidup bersama secara damai. Selain itu, China menyokong pelbagai pihak meningkatkan kerjasama keselamatan bukan tradisional, membincangkan pembinaan struktur keselamatan serantau dan menangani isu sensitif dengan baik.

Perdana Menteri, Li Keqiang telah menerangkan pendirian China dalam isu Laut China Selatan.

Pertama, sebagai negara pemateri Konvensyen PBB Mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS), China melaksanakan konvensyen tersebut dengan bersungguh-sunguh. Kedua, Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan Dengan Laut China Selatan (DoC) yang dicapai oleh China dengan negara-negara ASEAN adalah asas jaminan keamanan dan kestabilan rantau Laut China Selatan dalam tempoh lebih sedekad lalu. Ketiga, China dan negara-negara ASEAN sedang mempergiat rundingan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC)".

Li Keqiang menegaskan bahawa China sentiasa bersikap membina dan bertanggungjawab untuk menangani isu Laut China Selatan demi keamanan dan kestabilan serantau. China bersedia berusaha bersama-sama dengan pelbagai pihak untuk membina Laut China Selatan Laut yang aman, kerjasama dan bersahabat supaya membawa manfaat kepada rakyat serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China