Cari:
Sidang Kemuncak Asia Timur ke-11 Tumpukan Kerjasama dan Keselamatan Serantau
2016-09-09 11:07:21 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Asia Timur ke-11 telah diadakan di Vientiane, ibu negara Laos semalam. Menurut Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin, negara-negara Asia Timur perlu mempergiat kerjasama dan mewujudkan kesalingpercayaan untuk bersama-sama menjaga keamanan dan keselamatan serantau, di samping memelihara kemakmuran ekonomi Asia Timur.

Liu Zhenmin menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin dari 18 buah negara menghadiri sidang kemuncak selama dua jam 40 minit itu. Isu-isu yang dibincangkan dalam sidang itu termasuk kempen antikeganasan, menggalakkan kerjasama serantau, menentang perlindungan perdagangan, mempergiat kerjasama keselamatan dan maritim serantau.

Menurut beliau, para pemimpin menyatakan sokongan mereka agar Sidang Kemuncak Asia Timur harus memainkan peranan penting dalam menggalakkan kerjasama serantau dan mempergiat kerjasama keselamatan di Asia Timur. Antaranya beberapa pemimpin menyebut keselamatan maritim termasuk isu Laut China Selatan. 16 daripada 18 buah negara memberikan kenyataan yang positif, sebaliknya hanya dua negara di luar rantau ini masih menyentuh kes timbang tara mengenai Laut China Selatan. Katanya,  "Negara-negara dari luar rantau ini didapati sentiasa campur tangan ketika negara-negara rantau ini mempergiat kerjasama dan menyelesaikan masalah dengan baik. Negara-negara ASEAN kini telah menyedari bahawa isu serantau mesti diselesaikan oleh negara-negara serantau melalui rundingan dan dialog. Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN yang diadakan di Vientiane pada bulan Julai lalu antara titik perubahan yang penting. Negara-negara ASEAN dan China bersepakat bahawa isu Laut China Selatan mesti diselesaikan oleh negara-negara terlibat berdasarkan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DoC). Campur tangan oleh negara dari luar rantau ini tidak membantu menyelesaikan masalah sebaliknya akan meningkatkan perselisihan semata-mata."

Liu Zhenmin menambah bahawa draf Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) akan disiapkan pada tahun depan, sebelum perbincangan dan rundingan hakiki dimulakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China