Cari:
Wakil China Hadiri Mesyuarat Isu Nuklear Iran di PBB
2016-09-23 14:54:41 CRI Cetak

Pelaksanaan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran secara keseluruhannya berjalan dengan lancar selepas tercapainya pada tahun lalu.

Enam negara yang terlibat dengan isu nuklear Iran (AS, Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman) perlu meningkatkan dialog dan rundingan dengan Iran bagi menyelesaikan masalah-masalah berbangkit tentang pelaksanaan perjanjian itu.

Demikian dinyatakan Naib Menteri Luar China, Li Baodong dalam Mesyuarat Menteri Luar Enam Negara Terlibat Isu Nuklear Iran dengan Iran yang diadakan di ibu pejabat PBB, New York, AS semalam.

Menurut Li, China memberikan sokongan padu dan berikrar untuk terus mempertahankan perjanjian komprehensif itu.

Pihaknya akan terus mengekalkan pertukaran dengan pelbagai pihak dan aktif menyertai pelaksanaan perjanjian komprehensif tersebut demi kebaikan semua pihak.

Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Wakil Kanan Kesatuan Eropah (EU) bagi Hal Ehwal Luar dan Keselamatan, Federica Mogherini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China