Cari:
China Seru Bantu Negara Membangun Tingkatkan Kemampuan Pembangunan
2016-10-07 15:07:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pelbagai pihak diseru menyalurkan bantuan kepada negara-negara membangun untuk meningkatkan kemampuan pembangunan di samping memberi lebih banyak sokongan kepada negara-negara Afrika, negara-negara yang paling mundur, negara-negara membangun pedalaman dan Negara Membangun bagi Pulau Kecil (SIDS).

Seruan tersebut dikeluarkan oleh Penolong Wakil Tetap China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Wu Haitao ketika menghadiri sidang berhubung aktiviti urusan pembangunan yang diadakan Jawatankuasa ke-2 yang bertanggungjawab terhadap isu ekonomi Perhimpunan Agung PBB ke-71 pada 6 Oktober lalu.

Wu Haitao berkata, PBB memainkan peranan penyelaras dalam pelaksanaan Agenda Untuk Pembangunan Lestari menjelang 2030. Aktiviti urusan pembangunan sepatutnya menetapkan matlamat dengan munasabah dan membuat rancangan secara berperingkat, mengutamakan usaha membasmikan kemisikinan, menangani isu bencana alam, perubahan iklim dan isu kesihatan awam.

Wu menambah, menurut Agenda Untuk Pembangunan Lestari menjelang 2030, pelbagai negara memikul tanggungjawab utama untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial negara sendiri. Hak autonomi negara merupakan kunci bagi mewujudkan matlamat pembangunan lestari.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China