Cari:
Lawatan Sulung PM Li ke Makau
2016-10-10 14:28:04 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang berlepas ke Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Makau tengah hari tadi untuk lawatan rasmi dua hari, bagi mengadakan tinjauan dan menghadiri Majlis Perasmian Sidang Peringkat Menteri ke-5 Forum Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China dengan negara-negara berbahasa Portugis bermula pada 10 hingga 12 Oktober depan.

Lawatan sulung Li itu berlangsung selepas beliau menyandang jawatan Perdana Menteri.

Semasa berada di Makau, PM Li bakal mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa rakan sejawatnya dari negara berbahasa Portugis.

Li juga dijadualkan menyampaikan ucaptama pada sidang berkenaan, selain melakukan tinjauan di wilayah tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China