Cari:
Hubungan AS-Rusia Menemui Kebuntuan Baharu
2016-10-10 12:57:58 CRI Cetak

Dua draf resolusi mengenai krisis di Syria yang digubal masing-masing oleh Perancis dan Sepanyol, serta Rusia gagal diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) kelmarin. Ini kali kelima Rusia menveto resolusi mengenai isu Syria setelah konflik tercetus di negara itu. Manakala, resolusi anjuran Rusia pula gagal diluluskan kerana jumlah undi menyokong tidak cukup. Oleh itu, isu Syria sekali lagi menjadi punca utama tercetusnya pertikaian baharu antara Amerika Syarikat (AS) dengan Rusia.

Sebelum ini, Rusia menempatkan sistem peluru berpandu pertahanan udara S-300 di Syria dengan alasan menjaga keselamatan pangkalan tentera Rusia di negara itu. Menurut laporan VOA, AS sedang membincangkan perkara memperhebat sokongan kepada kumpulan militan Syria, bahkan melancarkan serangan udara terhadap pangkalan tentera udara Syria.

Menurut penyelidik kanan dari Institut Asia Barat AS yang juga bekas Duta Besar AS ke Syria, Robert Ford, sasaran strategik AS dan Rusia berbeza sama sekali. Kerajaan Obama mengutamakan usaha antikeganasan di Syria, manakala Rusia lebih menumpukan sokongan kepada kerajaan Bashar al-Asad. Oleh itu, kedua-dua negara itu sukar untuk mencapai persepakatan dalam penyelesaian krisis di Syria.

Selain isu Syria, perselisihan antara AS dengan Rusia masih wujud dalam beberapa sektor kerana kekurangan rasa saling percaya.

Baru-baru ini The Wall Street Journal melaporkan bahawa kerajaan AS mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengutuk Rusia berniat menggodam komputer untuk mengganggu pilihan raya Presiden AS.

Dalam pada itu, AS dan NATO sentiasa membesar-besarkan "ancaman Rusia" setelah krisis Ukraine tercetus pada tahun 2014, di samping mendorong penempatan sistem pertahanan peluru berpandu Eropah, berancang untuk menempatkan tentera pelbagai negara di kawasan timur Eropah, menambah penempatan tentera di Eropah Tengah dan Timur, serta mengadakan latihan ketenteraan yang berskop besar. Tindakan ini menjejaskan asas rasa saling caya strategik antara AS dengan Rusia.

AS menggerakkan sistem anti peluru berpandu di Romania dan Poland pada tahun ini, langsung menyebabkan Putin menandatangani perintah untuk menggantung perjanjian bersama dengan AS tentang pengendalian plutonium (Pu) peringkat senjata. Selain itu, Kementerian Pertahanan Rusia sedang mengkaji perkara untuk memulihkan pangkalan tentera Rusia di Vietnam dan Cuba.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China