Cari:
Pemilihan Karya Internet Global "Xinjiang dalam Mataku" Dilancarkan
2016-10-12 17:29:22 CRI Cetak

Pemilihan karya Internet "Xinjiang dalam Mataku" dilancarkan di Beijing hari ini. Pemilihan kali ini dianjurkan oleh Radio Antarabangsa China (CRI), Jabatan Penerangan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China.Com, dan CRIOnline, dengan pimpinan Jabatan Penerangan Dewan Negara. Pemilihan ini bertujuan untuk memaparkan keindahan Xinjiang dari segenap sudut, di samping membantu rakyat pelbagai negara lebih mengenali Xinjiang, melalui pengumpulan gambar, video pendek, dan karya bertulis yang berkaitan dengan Xinjiang dari para pengguna Internet seluruh dunia.

Pemilihan ini mengutarakan tema "Xinjiang yang Warna-warni". Karya untuk bertanding dalam pemilihan ini seharusnya dicipta oleh peserta sendiri. Gaya, stilistik, dan bentuknya tidak terhad.

Pemenang-pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan pengundian para pengguna Internet serta pemilihan pakar. Pemenang hadiah istimewa akan diundang menyertai majlis penyampaikan hadiah di Xinjiang serta melawat wilayah yang mempesona itu.

Menurut taklimat, pemilihan kali dibahagikan kepada tiga kategori termasuk gambar, video pendek, dan karya bertulis. Selain itu, acara sukan yang istimewa "Dream Goal" juga akan ditetapkan. Setiap kategori akan memilih pemenang hadiah istimewa, dan pemenang hadiah pertama, kedua dan ketiga.

Tempoh pengumpulan karya dari 12 Oktober hingga 30 November 2016.

Peserta boleh mengirim karya-karya ke emel: xinjiang001@hotmail.com

Karya-karya akan dipamerkan dan pengundian diadakan di travel.china.com/zhuanti/xinjiang/

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China