Cari:
Respons China mengenai Keprihatinan AS dalam Isu Maritim
2016-10-20 11:40:22 CRI Cetak

Situasi semasa di Laut China Selatan kini sedang bergerak ke arah yang positif.

Amerika Syarikat (AS) diharap memainkan peranan membina demi memelihara hubungan dengan China serta keamanan dan kestabilan serantau.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam.

Ketika mengulas laporan tentang Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter yang mengkritik China selalu "mengambil tindakan secara sepihak, tidak berpegang pada prinsip dan memencilkan diri" baru-baru ini, Hua Chunying berkata, China telah mengikuti laporan berkenaan.

Kandungan tersebut masih mengulangi cerita yang sama dan tidak perlu disangkal lagi.

Beliau menegaskan, China merupakan pendukung dan penyumbang perundangan dan peraturan antarabangsa yang dibentuk atas perbincangan dan persetujuan dari pelbagai negara, bukan didorong oleh motif mementingkan diri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China