Cari:
China, AS Digesa Tingkatkan Kerjasama
2016-10-26 12:29:44 CRI Cetak

Pusat Kemajuan Amerika (CAP) dan Institut Hubungan Antarabangsa Kontemporari China (CICIR) dalam laporan bersama menggesa China dan AS meningkatkan kerjasama di Asia Tenggara, walaupun wujud pelbagai perbezaan.

Menurut laporan tersebut, negara Asia Tenggara mengalu-alukan kerjasama China-AS, selain berharap agar kedua-dua negara dapat mengekalkan hubungan yang stabil.

China dan AS perlu meningkatkan kerjasama maritim dengan negara Asia Tenggara, mengintensifkan sinergi dengan negara serantau dalam sumber tenaga dan perubahan iklim, di samping menyokong pembinaan infrastruktur kawasan setempat.

Dalam pada itu, China dan AS diharap dapat memasukkan negara Asia Tenggara dalam interaksi sosiobudaya multilateral rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China