Cari:
Jepun Digesa Ambil Iktibar
2016-10-26 13:54:58 CRI Cetak

China menggesa Jepun meneliti dan mengambil iktibar daripada perang pencerobohan serta mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mendapatkan semula kepercayaan negara jiran di Asia dan masyarakat antarabangsa.

Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang ketika mengulas kenyataan pegawai Jepun mengenai isu hamba seks baru-baru ini.

Muzium sejarah hamba seks China dan dua arca hamba seks telah dirasmikan di Universiti Perguruan Shanghai Sabtu lalu.

Sehubungan dengan itu, media Jepun melaporkan bahawa Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga melahirkan rasa kesal dan menyatakan bahawa tindakan tersebut tidak akan membawa kesan positif kepada hubungan Jepun-China.

Pihaknya berpendapat, sejarah luka lama tidak perlu diungkitkan lagi, sebaliknya masa depan yang patut diberikan perhatian utama.

Lu Kang berkata, perkara utama dalam merenung masa depan adalah dengan meneliti sejarah dengan jujur.

Perbuatan memaksa wanita menjadi hamba seks adalah antara dosa besar Jepun yang menyebabkan penderitaan kepada rakyat Asia.

Tambah beliau, pemimpin Jepun diharap berkunjung ke Jerman untuk melihat sendiri tugu peringatan orang Yahudi di Berlin.

Sekiranya arca hamba seks dibina di Tokyo, tentu akan membantu Jepun memperoleh kemaafan dari negara jiran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China