Cari:
AS Perlu Cermin Diri Sebelum Kritik Negara Lain
2016-10-28 12:14:10 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian dalam sidang akhbar semalam berkata, segelintir tokoh Amerika Syarikat (AS) perlu mencermin diri sendiri sebelum melemparkan kecaman terhadap negara lain.

Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter baru-baru ini telah menyiarkan artikel dalam majalah Foreign Affairs yang menyebut, AS bercita-cita untuk membangunkan rangkaian keselamatan yang berprinsip dan inklusif.

Cara China tidak sealiran dengan matlamat negara Asia Pasifik kerana mencerminkan zaman lampau rantau ini, bukan masa depan yang berprinsip, seperti yang diharap AS dan banyak negara lain.

Berhubung dengan pandangan tersebut, Wu Qian berkata, perkara yang melibatkan China dalam artikel Carter itu dipenuhi rona-rona Perang Dingin yang sudah lapuk.

Menurut Wu, Carter terus mencanangkan strategi "penyeimbangan semula Asia Pasifik" yang dikatakan mampu menyeimbangkan ekonomi, diplomatik dan ketenteraan.

Namun hakikatnya, AS telah meningkatkan penempatan tentera di rantau Asia Pasifik, kerap mengadakan latihan ketenteraan, melakukan provokasi di kawasan perairan berhampiran dengan kepulauan China serta memperkukuh hubungan negara sekutu ketenteraan dengan pihak ketiga.

Perbuatan AS itulah yang sebenarnya tidak mencapai "keseimbangan", sebaliknya mengakibatkan situasi serantau semakin terhakis keseimbangannya.

Mengenai "inklusif" yang disebut Carter pula, Wu Qian berkata, AS telah bersubahat dengan memberikan perlindungan kepada negara sekutunya tanpa mengira sama ada mereka benar atau salah, sebaliknya mengecam atau melakukan provokasi ketenteraan terhadap negara bukan sekutu seperti China tanpa sebarang toleransi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China