Cari:
PKC dan Kuomintang Usaha Sama Pelihara Perpaduan Negara dan Bangsa
2016-11-02 11:57:33 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping ditemui delegasi Parti Kuomintang yang diketuai oleh pengerusinya, Hung Hsiu-chu di Beijing semalam. Ini merupakan lawatan kali pertama Hung ke Tanah Besar sejak beliau menyandang jawatan pengerusi parti tersebut.

Xi dalam pertemuan kali ini menegaskan, kedua-dua parti perlu memikul tanggungjawab terhadap bangsa, menetapkan arah perkembangan yang betul hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan, mengukuhkan asas politik Persepakatan 1992, menentang "kemerdekaan Taiwan", memperkasakan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang, memupuk rasa persaudaraan di kalangan rakyat dari kedua-dua pantai Selat Taiwan serta berusaha untuk mewujudkan pembangunan bangsa China.

Xi berkata, "Kedua-dua parti mempunyai banyak percanggahan dalam sejarah silam. Tetapi kedua-dua parti pun pernah beberapa kali memilih bekerjasama ketika bangsa dan negara China berada pada saat kritikal."

Pada tahun 2005, kedua-dua parti tersebut telah mengumumkan Visi Bersama Pembangunan secara Damai Kedua-dua Pantai Selat Taiwan. Bermula pada 2008, kedua-dua parti dan saudara di kedua-dua pantai Selat Taiwan bersama-sama meneroka jalan pembangunan secara damai hubungan kedua-dua pihak. Xi berkata, "Sumbangan kedua-dua parti terhadap pembangunan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan telah dicatatkan dalam sejarah. Kedua-dua pihak berkongsi nasib, mempertahankan Persepakatan 1992 yang memperlihatkan prinsip "Satu China", dan memelihara kedamaian, kestabilan dan pembangunan hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan. Memelihara penyatuan negara dan kepentingan asas bangsa China merupakan kehendak seluruh rakyat China。"

Hung Hsiu-chu pula berkata, kedua-dua parti perlu terus mempertahankan Persepakatan 1992, menentang "kemerdekaan Taiwan", meningkatkan komunikasi dan mendorong perkembangan hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan. Beliau berkata, "Hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan akan terputus dan mengalami kebuntuan jikalau Persepakatan 1992 tidak dapat dipertahankan. Parti Kuomintang akan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berkenaan melalui mekanisme komunikasi antara kedua-dua parti demi kesejahteraan rakyat di kedua-dua pantai Selat Taiwan."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China