Cari:
Korporat China Teroka Pasaran Lori Berat di Malaysia
2016-11-10 13:38:03 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah melawat China dan membawa pulang perjanjian kerjasama bernilai lebih RMB200 bilion (kira-kira RM125 bilion) yang memperlihatkan hubungan politik dan ekonomi yang kian rapat antara kedua-dua negara ini.

Syarikat Kumpulan Mesin Pembinaan Xuzhou (XCMG) semalam telah mengadakan pameran di Malaysia untuk memperkenalkan lori berat baharu di samping mempromosi jenama "buatan China" di negara itu.

XCMG dan Kumpulan Hong Seng Malaysia telah bekerjasama untuk mempromosi lori berat siri "Han Feng" di Pulau Pinang. Ketika menyebut tentang kerjasama antara dua korporat tersebut, Ketua Pengurus Bahagian Kenderaan XCMG, Luo Donghai menyatakan bahawa Hong Seng merupakan pilihan terbaik bagi XCMG, pada waktu yang sama, syarikatnya juga ingin menjayakan jenama lori berat buatan China di Malaysia dengan kualiti yang tinggi. Beliau berkata,

"Sebagai korporat China yang mencari peluang perniagaan di Malaysia, kami perlu mengetahui suasana sosiobudaya, undang-undang dan peraturan negara itu."

Kumpulan Hong Seng merupakan satu-satunya ejen bagi produk lori berat siri "Han Feng" di Malaysia. Pengarah Urusan kumpulan tersebut, Teoh Hai Hin berkata, pihaknya berkeyakinan penuh terhadap produk buatan China.

"Lori buatan China sudah masuk pasaran Malaysia selama lapan tahun. Pada mulanya, pelanggan tempatan masih kurang keyakinan terhadap kenderaan buatan China. Namun sekarang kenderaan China telah disambut baik oleh pelanggan tempatan. Kualiti kenderaan China amat baik."

Mengenai perubahan sikap pengguna Malaysia terhadap produk "buatan China", wartawan The China Press, Law Wei Pin berkata,

"Produk buatan China jauh lebih baik berbanding dahulu. Ia sedang ke taraf antarabangsa. Di samping itu, produk China lebih murah berbanding dengan Jerman."

Pada masa ini, produk "buatan China" sudah mendapat reputasi yang baik di Malaysia. Kerjasama ekonomi pusingan baharu antara kerajaan China dengan Malaysia menyediakan lebih banyak peluang kepada korporat China. Luo Haidong berpendapat bahawa membawa produk "buatan China" ke pasaran luar negara juga merupakan tanggungjawab korporat China.

"Saya berpendapat bahawa XCMG dapat membawa produk yang berdaya saing ke Malaysia. Ini antara contoh yang berjaya dalam pelaksanaan strategi 'Jalur dan Laluan' (B&R)."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China