Cari:
Presiden Xi akan Melawat Amerika Latin
2016-11-11 11:18:27 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Ecuador, Peru dan Chile pada 17 hingga 23 November, dan turut menghadiri Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin-pemimpin Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-24 di Lima, Peru.

Ini merupakan kali pertama Presiden China mengadakan lawatan rasmi ke Ecuador. Menurut Naib Menteri Luar China, Wang Chao, lawatan ini akan menggalakkan perkembangan hubungan China-Ecuador melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi.

Beliau berkata, kedua-dua negara ini dijangka akan mencapai hasil dalam kerjasama teknologi dan ekonomi, pembinana kawasan perindustrian, dan kerjasama kewangan.

Peru dan Chile antara negara Amerika Latin yang lebih awal memeterai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan China. Sehubugan dengan itu, jumlah eksport kedua-dua negara ini kepada China meningkat dengan kadar pertumbuhan dua digit. China kini telah menjadi negara rakan dagang terbesar bagi Chile dan Peru.

Menurut Naib Wakil Perunding Perdagangan Antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Zhang Xiangchen, lawatan Presiden Xi ke Peru dan Chile berkemungkinan akan menaiktarafkan FTA antara China dengan kedua-dua negara tersebut.

Dalam pada itu, Presiden Xi akan menyampaikan syarahan di Kongres Peru. China dan Peru akan mengeluarkan Rancangan Tindakan Bersama demi menggariskan perkembangan hubungan dua hala dan kerjasama pragmatik kelak.

Dalam rangka lawatan ke Chile pula, Presiden Xi akan menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak Media China-Amerika Latin dan menyampaikan ucapan.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-25 China menganggotai APEC. Presiden Xi akan menghadiri Sidang Kemuncak APEC ke-24 yang bakal diadakan di Lima, Peru pada 19 dan 20 November.

Bagaimana APEC, yakni mekamisme kerjasama rantau Asia Pasifik, mempercepat integrasi ekonomi serantau semasa perlindungan perdagangan semakin meningkat, menjadi tumpuan perhatian ramai. Proses penubuhan kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik telah dimulakan sempena sidangan kemuncak APEC di Beijing pada dua tahun lalu. Menurut Naib Menteri Luar China, Li Baodong, pihak-pihak berkenaan akan membuat pelan seterusnya dalam sidang kemuncak tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China