Cari:
Rusia Puji Kerjasama China dalam Rangka SCO
2016-11-11 15:19:33 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova semalam berkata, pihaknya mempunyai pendirian yang sama atau hampir sama dengan China dalam pelbagai topik yang berkaitan dengan pembangunan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

Kedua-dua negara juga mempunyai dialog yang rapat, sekali gus memperlihatkan tahap tinggi hubungan perkongsian strategik komprehensif Rusia-China.

Menurut beliau, kedua-dua negara menjalinkan kerjasama yang erat untuk menjamin keselamatan serantau dan bersama-sama menangani cabaran dan ancaman dari Afghanistan.

Selain itu, kedua-dua pihak juga bersepakat untuk meningkatkan tahap kecekapan agensi antikeganasan dalam SCO.

Dalam bidang ekonomi pula, kedua-dua pihak bersedia untuk melaksanakan projek-projek besar dalam rangka SCO, menyempurnakan mekanisme pendanaan serta berusaha membangunkan SCO sebagai platform untuk memperkasakan kerjasama ekonomi serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China