Cari:
Pelancong China Belanja Paling Banyak di Luar Negeri
2016-11-13 15:35:53 CRI Cetak

Pada tiga suku pertama tahun ini, jumlah pelancong di dalam negeri China mencatat 3.36 bilion orang. Sementara itu, jumlah penerimaan pelancong asing dan jumlah pelancong China yang melawat luar negeri mencatat 194 juta orang. Jumlah pendapatan dari sektor pelancongan mencatat RMB 2.9 trilion (RM1.8 trilion).

China, selaku negara penyumbang pelancong yang belanja paling banyak di dunia untuk empat tahun berturut-turut, menyaksikan sumbangan lebih 13% bagi jumlah pendapatan sektor pelancongan sejagat.

Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China, Li Jinzao berkata, sektor pelancongan di China sedang mengalami pembaharuan yang signifikan berdasarkan lima konsep, iaitu inovasi, penyelarasan, hijau, terbuka dan berkongsi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China