Cari:
Transformasi Ekonomi China Diadakan di Shanghai
2016-11-15 12:41:44 CRI Cetak

Forum Transformasi Ekonomi China: Menuju ke Pembangunan Berterusan, untuk memperingati ulang tahun ke-30 kerjasama Bank Pembangunan Asia (ADB) dengan China, telah diadakan di Shanghai baru-baru ini.

Forum yang dianjurkan oleh Kementerian Kewangan China dan ADB itu disertai kira-kira 300 orang termasuk Gabenor ADB, Takehiko Nakao, Pengarah Jabatan Kerjasama Kewangan Antarabangsa Kementerian Kewangan China, Chen Shixin serta pegawai dari badan-badan kerajaan China, pertubuhan antarabangsa dan sarjana terkemuka.

Takehiko Nakao dan Chen Shixin dalam ucapan masing-masing telah menyatakan bahawa ADB telah memberikan sokongan padu bagi mendorong pembangunan sosioekonomi pelbagai negara Asia termasuk China dalam tempoh 30 tahun yang lalu. ADB diharap terus mengintensifkan kerjasama dengan negara-negara membangun termasuk China untuk terus membaharui konsep pembangunan dan mendorong penaiktarafan serta transformasi ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China