Cari:
China Gesa Jepun Jangan Campur Tangan dalam Isu Laut China Selatan
2016-11-18 14:02:34 CRI Cetak

China menggesa Jepun jangan menjejaskan usaha negara-negara di rantau Laut China Selatan dalam memelihara keamanan dan ketenteraman di rantau ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang ketika mengulas kenyataan Menteri Pertahanan Jepun berkata, Jepun bukan negara yang terlibat di rantau Laut China Selatan, negara itu dinasihati jangan campur tangan dalam isu serantau.

Menurut laporan akhbar Asahi Shimbun, Menteri Pertahanan Jepun, Tomomi Inada selepas Mesyuarat Peluasan Menteri Pertahanan ASEAN memberitahu wartawan bahawa Menteri-menteri Pertahanan ASEAN berpendapat, perkara yang berlaku di Laut China Selatan juga akan berlaku di Laut Timur, manakala perkara yang berlaku di Laut Timur turut mungkin berlaku di Laut China Selatan. Bagi Jepun, tindakan menjaga Laut China Selatan berkaitan dengan memelihara Laut Timur.

Sehubungan dengan itu, Geng menegaskan bahawa China tidak berganjak dalam memelihara kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim negara ini.

Menurutnya, Jepun bukan jurucakap negara-negara ASEAN dalam isu Laut China Selatan. Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rangka lawatan mereka ke China baru-baru ini, telah bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin China tentang isu Laut China Selatan. Atas usaha bersama China dan ASEAN, situasi di Laut China Selatan kini berkembang menuju ke arah positif. Isu ini telah kembali ke meja rundingan damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China