Cari:
Tiket Konsert Coldplay Habis Dijual
2016-11-22 11:58:23 CRI Cetak

Tiket konsert kumpulan rock dari Britain, Coldplay, yang habis dijual dua jam selepas dibuka kepada umum mencetuskan pelbagai reaksi netizen di Malaysia.

Walaupun siri jelajah konsert A Head Full of Dreams akan berlangsung di Singapura pada 1 April 2017, peminat-peminat Coldplay dari Malaysia tidak ingin melepaskan peluang ini.

Ada yang sanggup mencari alternatif lain termasuk membeli tiket yang dijual semula.

Namun para netizen kecewa kerana tikat-tiket ini dijual dengan harga yang begitu tinggi.

Tiket asal dijual pada harga dari RM242.29 hingga RM832.49.

Manakala tiket yang dijual semula di beberapa laman web mencecah dari RM12,000 hingga RM24,000.

Ada juga berkata mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan tiket untuk konsert Coldplay.

(sumber Astro Awani Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China