Cari:
Reformasi Struktur di China Berkembang Pesat
2016-11-28 13:52:53 CRI Cetak

Isu-isu seperti permintaan sejagat berkurangan dan beban hutang yang meningkat sebenarnya adalah masalah struktur jangka masa sederhana dan jangka masa panjang yang wujud dalam ekonomi global. Kerajaan China telah mengambil pelbagai langkah bagi mengamalkan reformasi struktur, dan usaha itu telah mencapai kemajuan yang pesat.

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Majlis Kebangsaan bagi Tabung Jaminan Sosial China, Lou Jiwei ketika menghadiri Sidang Tahunan Ekonomi China dan Kerjasama Antarabangsa serta Sidang Kapal Bashan Baharu 2016 yang diadakan semalam.

Lou Jiwei berkata, walaupun reformasi struktur di China telah membuahkan hasil, namun masih banyak masalah yang perlu diselesaikan pada tahun depan, seperti kaedah untuk meningkatkan kadar produksi, mengekalkan aliran kewangan dan menggalakkan kelancaran produktiviti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China