Cari:
Forum Dekan Kolej Kewartawanan dan Komunikasi Asia Kali Pertama di Shanghai
2016-12-01 09:36:32 CRI Cetak

Forum Dekan Kolej Kewartawanan dan Komunikasi Asia kali pertama yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China dan Shanghai International Studies University (SISU) telah dirasmikan di Shanghai pada 30 November lalu.

Forum yang diadakan buat julung-julung kali itu turut diserikan dengan kehadian hampir seratus sarjana dan pakar dalam bidang kewartawanan dan komunikasi dari 22 buah negara, antaranya termasuklah China, Korea Selatan, Jepun dan Singapura.

Para peserta bersama-sama mengadakan perbincangan secara mendalam untuk mencari kaedah bagi memperhebat pembinaan komuniti berkongsi nasib di rantau Asia serta memperkasakan kerjasama kolej kewartawanan dan komunikasi antara pelbagai negara yang terlibat. Para peserta berpendapat, media baharu yang berkembang pesat pada masa ini telah membawa banyak peluang dan cabaran kepada perkembangan media massa pelbagai negara. Selaras dengan hala tuju perkembangan media baharu, usaha-usaha untuk menggabungkan sumber komunikasi dari negara Asia wajar dilaksanakan agar suara negara-negara Asia dapat terus berkumandang di persada antarabangsa. Usaha tersebut perlu dikaji pada ketika ini oleh pengamal media dari negara-negara Asia.

Forum yang berlangsung selama dua hari itu bertemakan "Media Baharu dan Asia Baharu: Peranan Komunikasi dalam Pembentukkan Komuniti Berkongsi Nasib di Asia".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China