Cari:
China Hulur Bantuan RMB400 Bilion kepada 160 Negara dan Pertubuhan Antarabangsa
2016-12-01 15:34:26 CRI Cetak

Pejabat Penerangan Dewan Negara China mengeluarkan kertas putih "Hak Pembangunan: Konsep, Pelaksanaan dan Sumbangan China" pada hari ini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lebih 60 tahun yang lalu, China telah menghulurkan bantuan hampir RMB400 bilion kepada 166 buah negara dan pertubuhan antarabangsa, memberikan latihan kepada lebih 12 juta anggota jabatan berkenaan di negara membangun, di samping menghantar lebih 600 ribu sukarelawan untuk menjalankan misi bantuan di luar negara dan lebih 7 ratus orang telah berkorban nyawa dalam tugas membantu negara lain.

Kertas putih itu turut melaporkan bahawa setakat ini, China telah menghantar lebih 33 ribu anggota tentera, polis dan pegawai sivil untuk menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada ketika ini, terdapat lebih 2,600 tentera pengaman sedang menyertai misi pengaman PBB di 10 buah kawasan. China merupakan negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang menghantar kontinjen pengaman paling banyak.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, China merancang untuk melatih 2 ribu tentera pengaman bagi menyertai misi pengaman dan memberikan bantuan ketenteraan sebanyak USD100 juta kepada Kesatuan Afrika.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China