Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media di Beijing pada 2 Disember lalu.
Geng berkata, perkongsian strategik komprehensif China dan Rusia sedang berada pada tahap yang terbaik dalam sejarah. Kedua-dua negara mematuhi tujuan dan prinsip mengenai mengekalkan persahabatan untuk selama-lamanya yang ditetapkan dalam Perjanjian Kerjasama, Persahabatan dan Kejiranan China-Rusia. Kedua-dua negara saling menyokong dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan utama. Hubungan China dan Rusia yang saksama dan saling mempercayai bukan sahaja memberikan contoh yang baik kepada negara lain untuk menjalinkan hubungan negara modal baharu, bahkan memainkan peranan yang konstruktif untuk mewujudkan kedamaian, kestabilan dan pembangunan di rantau ini dan seluruh dunia.








