Cari:
China Sokong Jerman Jayakan Sidang Kemuncak G20 2017
2016-12-03 15:02:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China menyokong Jerman yang dipilih sebagai negara pengerusi Kumpulan 20 (G20) pada 1 Disember lalu untuk menjayakan Sidang Kemuncak G20 pada tahun 2017, di samping melaksanakan dengan sepenuhnya hasil-hasil yang telah dicapai dalam sidang kemuncak yang lalu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang berkata demikian dalam sidang media di Beijing pada 2 Disember lalu.

Difahamkan, Canselor Jerman, Angela Merkel dalam rakaman video menyatakan bahawa isu mewujudkan kestabilan pertumbuhan ekonomi global dan melaksanakan dasar dengan bersungguh-sungguh untuk menangani perubahan iklim sejagat merupakan topik utama dalam tempoh perkhidmatan Jerman sebagai negara pengerusi G20.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China