Cari:
China Berusaha Mendorong Rundingan "Perjanjian Produk Persekitaran"
2016-12-06 17:54:00 CRI Cetak

China sedang berusaha mencari cara penyesaian bagi isu yang dijadikan tumpuan oleh pelbagai pihak, dengan tujuan memberi sumbangan untuk memecahkan kebuntuan yang wujud dalam rundingan Perjanjian Produk Persekitaran Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). 

Yang demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Perdagangan China, Wang Shouwen ketika menerima wawancara Agensi Berita Xinhua China di Geneva semalam.

WTO mengadakan mesyuarat peringkat menteri Perjanjian Produk Persekitaran di Geneva pada 3 han 4 Disember lalu. Selepas rundingan selama dua hari, pelbagai pihak peserta gagal mecapai persetujuan muktamad tentang senarai produk yang terkandung dalam perjanjian berkenaan walaupun menyaksikan tercapainya kemajuan yang tertentu.

Wang menegaskan, walaupun mesyuarat itu masih belum mencapai perjanjian, semua peserta telah memberikan janji tentang sistem perdagangan multilateral dan menyahut cabaran alam sekitar, serta menyatakan akan terus berusaha untuk mencapai Perjanjian Produk Persekitaran pada tahun depan yang dijangka berkualiti tinggi, seimbang dan berorientasikan "tiga menang", iaitu boleh membawa faedah kepada sektor persekitaran, perdagangan dan pembangunan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China