Cari:
Trump Selar Dasar Ekonomi China
2016-12-06 14:56:45 CRI Cetak

Beijing mengulangi lagi dasar "Satu China" dan tiga Pengumuman Bersama yang sudah dicapai antara China dengan Amerika Syarikat (AS) merupakan asas bagi menjalin hubungan bilateral yang sihat dan stabil supaya kerjasama saling menguntungkan dapat menjanjikan masa depan yang cerah.

Pendirian konsisten itu ditekankan Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing semalam, susulan perbuatan bakal Presiden AS Donald Trump merungut dan menyelar China mengenai pelbagai isu termasuk penurunan nilai mata wang RMB dan isu Laut China Selatan menerusi Twitter kelmarin selepas perbualan telefon beliau dengan pemimpin Taiwan, Tsai Ing-wen, yang turut mencetuskan kontroversi.

Lu Kang berkata, China mengemukakan bantahan kepada AS Sabtu lepas dengan menegaskan bahawa dasar "Satu China" dengan Washing­ton.

Isu Taiwan sentiasa isu penting dan sensitif dalam hubungan kedua-dua negara dan pendirian Beijing terhadap isu tersebut adalah tegas dan konsisten. Hubungan Beijing-Washington berada pada landasan betul sejak sekian lama adalah disebabkan negara itu menepati dasar "Satu China" dan prinsip-prinsip asas yang termaktub di dalam tiga Pengumuman Bersama berkenaan.

Jurucakap itu menggesa supaya AS jangan mencemarkan usaha gigih kedua-dua negara untuk memperkukuh asas hubungan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China