Cari:
Ekonomi China Semakin Pulih 
2016-12-12 16:27:11 CRI Cetak

Indeks Harga Pengguna (IHP) China bagi November 2016 naik sebanyak 2.3% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, sekali gus mencatat paras paling tinggi sepanjang tahun. Di samping itu, Indeks Harga Pengeluar (PPI) pula meningkat 3.3%, rekod paling tinggi dalam tempoh lima tahun lalu.

Peningkatan IHP pada kadar sederhana ini, yang selaras dengan jangkaan pasaran, didorong oleh kenaikan harga makanan, gasolin dan diesel serta bahan api.

Penyelidik dari Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China (CCIEE), Wang Jun berpendapat,

"China mengalami inflasi pada kadar sederhana sepanjang tahun ini. Di samping itu, masalah deflasi telah mula diatasi. Harga barangan di negara ini dijangka terus meningkat pada setengah pertama tahun depan, khususnya pada suku pertama. "

Menurut pakar, kenaikan IHP memperlihatkan perubahan dalam persekitaran perbelanjaan dan bekalan pasaran. Dalam pada itu, permintaan terhadap barangan pengguna meningkat dengan stabil, dan serentak dengan itu masalah lebihan bekalan diselesaikan secara beransur-ansur. IHP dijangka akan mengekalkan trend meningkat hingga suku kedua tahun depan.

Ahli ekonomi kanan Bank Komunikasi China, Lian Ping pula berpendapat, kenaikan PPI menunjukkan permintaan terhadap produk perkilangan di negara ini semakin meningkat. Kata beliau,

"Kenaikan PPI mencerminkan aktiviti pengeluaran adalah dinamik dan perminataan pasaran terhadap pelbagai jenis produk perkilangan kian meningkat. Hal ini membantu meningkatkan keuntungan syarikat, sekali gus menggalakkan syarikat domestik lebih proaktif dalam membuat pelaburan. Trend ini dijangka kekal sekurang-kurangnya hingga suku pertama tahun depan. PPI diunjurkan terus naik dan berkemungkinan dapat melebihi 5%."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China