Cari:
Angka Korban Letupan Bom di Mesir Meningkat
2016-12-12 12:43:37 CRI Cetak

Angka korban letupan bom berhampiran sebuah gereja Kristian di Kaherah, Mesir meningkat kepada 25 orang, manakala sekurang-kurangnya 49 lagi cedera.

Ini merupakan antara insiden keganasan paling teruk yang menyasarkan penganut Kristian di negara itu.

Setakat ini, masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, melalui jurucakapnya juga mengecam insiden keganasan tersebut, di samping menyampaikan rasa simpati kepada anggota keluarga mangsa.

Beliau menggesa kerajaan Mesir agar mengenakan tindakan yang setimpal terhadap penyerang terbabit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China