Cari:
Beijing Keluarkan Amaran Merah Pencemaran Udara
2016-12-17 14:14:54 CRI Cetak

Pusat Amaran bandar Beijing dan Markas Komander Pencemaran Udara Teruk Beijing mengeluarkan amaran tahap merah pencemaran udara pada pukul 8.00 malam semalam. Bandar Beijing, Tianjin, provinsi Hebei dan kawasan sekitarnya akan mengalami pencemaran udara yang teruk, dengan 23 buah bandar di kawasan terbabit mengeluarkan amaran merah. Kawasan-kawasan terlibat digesa agar segera menyediakan pelan tindak balas kecemasan.

Kualiti udara di kawasan tersebut dari 16 hingga 21 Disember akan mencapai "pencemaran udara teruk peringkat V hingga VI", manakala kualiti udara akan dibaiki selepas malam 21 Disember.

Menurut Pelan Tindak Balas Kecemasan Pencemaran Udara Teruk di Beijing yang baru dipinda, bermula 15 Disember lalu, ketika amaran tahap merah dikeluarkan, kenderaan standard pelepasan asap ekzos peringkat negara I dan II dihalang berjalan di wilayah Beijing. Pelan ini turut menetapkan langkah seperti menghentikan pengeluaran industri, pekerjaan dan sekolah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China