Cari:
China Keluarkan Pelan Pembangunan Industri Pelancongan 2016-2020
2016-12-28 15:17:40 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pelan Pembangunan Industri Pelancongan China dalam tempoh Rancangan Lima Tahun Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan Ke-13 (Tahun 2016-2020) telah dikeluarkan secara rasmi di Beijing baru-baru ini.

Ketua Pengarah Bahagian Rancangan dan Kewangan Jabatan Pentadbiran Pelancongan Nasional China, Peng Decheng memaklumkan bahawa China akan giat mengembangkan pakej percutian pulau-pulau, mata air panas serta ais dan salji, selain membina sejumlah tapak peranginan dan destinasi pelancongan untuk percutian penduduk awam.

Menurut pelan tersebut, menjelang tahun 2020, jumlah keseluruhan pelancong ke China dijangka akan mencecah 6.7 bilion orang, dan jumlah pelaburan dalam industri pelancongan akan mencatat RMB 2 trilion (RM1.3 trilion) dengan pendapatan keseluruhannya yang bernilai sebanyak RMB7 trilion (RM4.5 trilion).

Serentak itu, China juga akan mengutamakan pembinaan sepuluh projek jalur pelancongan peringkat negara dan mengembangkan pakej pelancongan di Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China