Cari:
Tiket Kereta Api Cuti Tahun Baharu Cina Mula Dijual Esok
2016-12-28 15:23:31 CRI Cetak

Bermula esok, tiket kereta api bagi 27 Januari tahun 2017, iaitu hari terakhir menurut kalendar tradisonal Cina (imlek Cina) mulai dijual dalam talian. Menurut adat resam negara ini, kebanyakan orang memilih menyambut hari terakhir imlek bersama dengan keluarga di kampung halaman, dan hari itu juga merupakan hari pertama cuti Tahun Baharu Cina secara rasmi, maka ada banyak orang memilih hari itu untuk menumpang kereta api balik ke kampung mereka. Dengan demikian, membeli tiket kereta api hari itu bukan satu hal yang senang.

Menurut rancangan pengangkutan musim Tahun Baharu Cina 2017 yang dikeluarkan Syrikat Kereta Api China baru- baru ini, bakal penumpang semasa tempoh pengangkutan musim Tahun Baharu Cina 2017 yang selama 40 hari dijangka akan meningkat 9.7%, iaitu mengangkut sebanyak 356 juta orang dengan tambahan 31.56 juta orang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China