Cari:
Pendapatan Syarikat Internet China, RMB1.24 Trilion
2016-12-29 14:04:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pendapatan syarikat-syarikat internet China dijangka mencatat RMB1.24 trilion (kira-kira RM799.4 bilion) pada 2016, dan akan meningkat lebih 40% lagi pada 2017, dengan mencapai RMB1.76 trilion (kira-kira RM1.13 trilion).

Perangkaan tersebut dilaporkan menurut anggaran yang dibuat oleh Akademi Maklumat dan Teknologi Komunikasi China (CAICT) di Beijing baru-baru ini.

Antara sepuluh syarikat internet yang tertinggi nilai pasarannya di dunia, Alibaba, Tencent, Baidu dan Jingdong dari China masing-masing menduduki tempat keempat, kelima, ketujuh dan kesepuluh selepas tiga syarikat internet yang terbesar dari AS, iaitu Google, Facebook dan Amazon.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China