Cari:
Wild Aid Puji China Haramkan Perdagangan Gading
2017-01-02 13:16:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerajaan China mengeluarkan peraturan, menghentikan pemprosesan dan penjualan gading dan produk gading sebelum 31 Disember 2017 bagi terus membanteras perdagangan haram haiwan dan tumbuhan liar.

Pengurus Eksekutif pertubuhan perlindungan alam sekitar antarabangsa, Wild Aid, Peter Knights menyifatkan tindakan kerajaan China ini bermakna penting bagi membanteras perdagangan gading global serta pemburuan haram terhadap gajah Afrika.

Sejak bulan Mac tahun 2016, China telah mengumumkan langkah menghentikan import gading dan produk gading selama tiga tahun. Sejak itu, penyeludupan gading dan produk gading ke China menurun dengan ketara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China