Cari:
Kereta Api China-Eropah Beroperasi
2017-01-02 14:33:12 CRI Cetak

Pada tengah malam 31 Disember lalu, 700 tan barang eksport dalam 88 buah unit bersamaan 20 kaki (TEU) dimuatkan dalam Kereta Api China-Eropah X8024/X8065, bertolak dari Yiwu, China ke London, Britain. Ini Kereta Api China-Eropah yang pertama menuju ke Britain, dan juga laluan kereta api antarabangsa ke-8 yang bertolak dari Yiwu.

Kereta api ini akan melalui Kazakhstan, Rusia, Belarus, Poland, Jerman, Belgium dan Perancis, sebelum sampai ke London. Panjangnya 12,451 km yang dijangka mengambil masa 18 hari.

Pegawai dari pihak pengoperasi, Syrikat Pelaburan Tianmeng Yiwu, Fang Xudong berkata, pengangkutan kereta api boleh menjimatkan hampir sebulan jika berbanding pengangkutan laut, manakala kosnya hanya 20% daripada pengangkutan udara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China