Cari:
China Rancang Laksanakan 30 Misi ke Angkasa Lepas
2017-01-04 14:07:19 CRI Cetak

China akan melaksanakan 30 misi ke angkasa lepas pada tahun 2017, yang akan mencatat rekod baharu.

Demikian diumumkan Syarikat Sains dan Teknologi Aeroangkasa semalam.

Long March-5, roket pembawa bersaiz besar generasi baharu yang telah berjaya melaksanakan misi pertama pada tahun 2016, dan Long March-7, roket pembawa bersaiz sederhana generasi baharu bakal membawa misi yang penting pada 2017.

Ketua Pengarah roket Long March-5, Wang Yu berkata, tahun 2017 merupakan tahun penting untuk menguji roket generasi baharu, termasuk Long March-5.

Alat pengesan bulan Chang'e-5 akan dibawa roket Long March-5 ke angkasa lepas dan membuat pendaratan lunak serta pulang ke bumi setelah mengambil sampel.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China