Cari:
Pemimpin China dan AS Bersedia Perkasakan Kerjasama Dua Hala
2017-02-10 14:43:55 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menghubungi rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerusi telefon hari ini.

Presiden Xi dalam perbualan itu berkata, China dan AS mengekalkan komunikasi yang erat dalam pelbagai isu yang menjadi perhatian bersama sejak Presiden Donald Trump menyandang jawatan.

Usaha memperkasakan kerjasama antara China dengan AS menjadi semakin penting dan perlu segera dilaksanakan bagi menangani pelbagai cabaran semasa.

Hubungan China-AS yang saling melengkapi antara satu sama lain mampu mewujudkan hubungan rakan yang baik.

Hal tersebut juga selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara dan tanggungjawab bersama.

China bersedia untuk memperkasakan kerjasama saling menguntungkan dengan AS dalam bidang ekonomi, pelaburan, sains dan teknologi, sumber tenaga dan sosiobudaya, selain meningkatkan sinergi dengan AS dalam isu antarabangsa dan serantau.

Donald Trump pula berkata, adalah amat penting mengekalkan dialog antara pucuk pimpinan kedua-dua negara.

Hubungan AS dengan China sentiasa mendapat sokongan padu rakyat AS, sekali gus dapat meningkatkan lagi hubungan rakan dan kerjasama ke satu tahap yang lebih tinggi.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan AS tetap mempertahankan dasar Satu China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China