Cari:
Syarikat Teknologi China Diharap Manfaatkan Thailand
2017-02-20 11:08:34 CRI Cetak

Pelabur China dalam bidang teknologi biologi, Nanometer dan digital diharap dapat melabur di Thailand supaya membantu negara itu merealisasikan matlamat strategik ekonomi "Thailand 4.0".

Ketua Setiausaha Jawatankuasa Penggalakan Pelaburan Thailand, Hirunya Suchinai melahirkan harapan tersebut di Bangkok baru-baru ini.

Beliau menyatakan bahawa "Thailand 4.0" merupakan matlamat strategik ekonomi yang dikemukakan kerajaan Prayuth baru-baru ini.

Matlamat itu bertujuan untuk mengembangkan sektor yang bernilai tambah tinggi melalui inovasi dan teknologi bagi mendorong pembaharuan dan penaiktarafan perindustrian Thailand, sekali gus meningkatkan daya saing negara itu.

Hirunya Suchinai berkata, inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China menggalakkan syarikat China keluar untuk meneroka peluang baharu.

Inisiatif tersebut merupakan sokongan yang besar bagi strategik pembangunan Thailand.

Tambah beliau, kerajaan Thailand kini melaksanakan dasar keutamaan kepada pelabur dalam bidang-bidang tersebut, di samping menggalakkan syarikat dari dalam dan luar negara menyertai pembinaan infrastruktur dengan cara mengurangkan cukai pendapatan syarikat berkenaan dalam tempoh tertentu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China